Kerajaan Johor akan mempertimbangkan penggunaan bas klinik kesihatan bergerak di seluruh negeri itu bagi membekalkan khidmat kesihatan kepada penduduk luar bandar, khusus golongan B40.<br /><br />Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata idea itu akan dimuktamadkan selepas melihat keberkesanan perkhidmatan itu di Simpang Renggam, dan Sembrong, Kluang, yang akan mula beroperasi September ini.
